The Star Akan Lancarkan Edisi Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Akhbar The Star, kini bersiap sedia untuk melancarkan edisi Sarawaknya tidak lama lagi dengan termeterainya perjanjian untuk mencetak akhbar tersebut di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutif, Star Publications (M) Bhd, Datuk Clement Hii berkata, ini adalah satu langkah yang sangat besar kerana ia bukan sahaja melambangkan pertumbuhan positif akhbar ini tetapi juga memperlihatkan bagaimana media juga dapat memainkan peranannya dalam mengembangkan semangat 1Malaysia melalui laporan berita.

"Apabila kita mengembangkan operasi kita ke Sarawak, para pembaca turut berpeluang untuk mengakses liputan berita yang lebih luas khususnya di Negeri Sarawak.

"Edisi Khas Sarawak akan menyiarkan lebih banyak berita tempatan kepada para pembaca Star di sini. Malah The Star akan menjadi sebuah akhbar Sarawak dalam ertikata yang sebenarnya," katanya selepas majlis menandatangani kontrak untuk mencetak akhbar The Star Edisi Sarawak dengan UBP Printing Sdn Bhd (UBPP) hari ini.

Hii menandatangani perjanjian itu mewakili The Star manakala Pengerusi Eksekutif UBPP Datuk Ling Chiong Ho berbuat demikian bagi pihak syarikat percetakan tersebut.

Majlis bersejarah itu turut disaksikan oleh Datuk Bandar Kuching (Selatan) James Chan.

Turut hadir ialah pengurusan kanan kedua-dua belah pihak.

Hii juga berkata, kerjasama yang dicapai hari ini dengan UBPP untuk mencetak akhbar The Star Edisi Sarawak akan membolehkan para pembaca mendapatkan akhbar ini seawal jam 6 pagi dengan harga yang lebih rendah daripada sekarang.

Beliau menambah, kesediaan The Star untuk berubah mengikut masa dan sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik kepada pembacanya adalah sebab utama mengapa edarannya kini telah mencecah 300,000 nashkhah sehari dengan jumlah pembaca melebihi satu juta orang.

Hii juga berharap selepas ini, langkah yang sama akan dapat dilakukan di Sabah dengan memperkenalkan edisi sendiri sepertimana di Sarawak.

"Malah kehadiran The Star secara serius di Sarawak dan kemudian di Sabah akan melengkapkan matlamat akhbar ini untuk berada di seluruh negara," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan