SPRM tahan enam Ahli Umno Bahagian Kota Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi, termasuk Ketua Pemudanya berhubung dakwaan cuba memberi rasuah berjumlah RM40,000 kepada tiga bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda bahagian itu.

Anggota Pemuda yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan di rumah salah seorang AJK Pemuda bahagian pada pukul 2 petang tadi selepas suspek didakwa cuba memujuk AJK berkenaan untuk menarik semula hasrat untuk meletakkan jawatan masing-masing.

Difahamkan suspek berbuat demikian kerana 18 daripada AJK Pemuda bahagian itu telah meletakkan jawatan mereka minggu lalu atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan suspek sebagai Ketua Pemuda.

Sumber memberitahu peletakan jawatan beramai-ramai itu menyebabkan suspek cuba mengadakan 'rundingan' dengan tiga AJK berkenaan bagi mengelakkan satu pemilihan baru diadakan.

Sumber mengesahkan salah seorang daripada tiga orang AJK berkenaan didakwa telah menghubungi pihak SPRM sebelum proses rundingan itu berlangsung.

Suspek telah ditahan di Penjara Ayer Molek sebelum di bawa ke ibu pejabat SPRM negeri bagi menjalankan proses soal siasat.

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi berkata beliau ada mendengar berita tersebut dan difahamkan kesemua suspek yang ditahan adalah daripada sayap Pemuda bahagian itu.

"Saya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini. Saya berharap kebenaran akan muncul juga akhirnya," katanya.

Penguasa SPRM Negeri Johor, Simi Abdul Ghani ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan