Santokh Singh Kini Koma Di HKL

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Santokh Singh masih koma sejak pengsan di kediamannya empat hari lepas.

Santokh, 57, kini mendapat rawatan pakar di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

Isteri kepada pemain yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972 itu, Taljit Kaur berkata suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit sebelum pengsan pada kira-kira pukul 11 pagi di kediamannya di Setapak, Isnin lalu.

"Sebelum ini saya lihat beliau begitu sihat malah sempat mengendalikan program kejurulatihan sehari sebelum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Taljit berkata sehingga kini doktor belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi suaminya namun doktor hanya maklumkan Santokh mengalami jangkitan virus.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAs) Datuk Hamidin Amin yang mengunjungi Santokh berkata pengorbanan pemain di posisi pertahanan Malaysia pada era kegemilangannya pada tahun 70-an tidak ternilai dan berharap semua peminat bola sepak tempatan mendoakan agar Santokh segera sembuh.

Yang turut hadir melawat beliau ialah Bendahari FAS, S.Siva Sundram dan bekas rakan sepasukan yang pernah bersama beliau dalam skuad Selangor.

"Beliau bukan hanya lagenda bolasepak bagi pasukan Selangor malah boleh dikatakan sebagai lagenda bolasepak Malaysia yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara.

"Bagi membantu Santokh, FAS akan berusaha untuk memberi semua kemudahan yang diperlukan oleh beliau dan keluarga sebagai tanda penghargaan bagi dirinya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan