Proses Bawa Pulang Nelayan Dari Indonesia Sedang Dijalankan

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Proses membawa pulang empat daripada lima nelayan Terengganu yang ditahan oleh pihak berkuasa perikanan Indonesia, sedang dijalankan oleh pegawai Konsul Malaysia di Pontianak.

Abang tekong bot nelayan berkenaan Che Wan Zainuddin Che Wan Ngah, 36, berkata bagaimanapun beliau difahamkan proses itu akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan aspek undang-undang.

Katanya sebagai tekong bot, adik beliau, Che Wan Budiman, 32, terpaksa melalui beberapa proses perundangan terlebih dahulu manakala empat awak-awaknya tidak perlu berbuat demikian dan kini dalam proses penghantaran pulang ke Terengganu.

Che Wan Zainuddin berkata adiknya yang tertembak dalam kejadian Khamis lepas mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri.

"Saya dapat bercakap sendiri melalui telefon dengannya semalam. Dia maklumkan kecederaan yang dialami tidak terlalu parah kerana peluru tembakan tidak mengenai tulang lengan, tetapi menembusi lengan kirinya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Che Wan Zainuddin berkata isteri Che Wan Budiman, Zuraiha Embong, 20an, bersama anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri serta beberapa orang anggota pergerakan Puteri Umno berlepas ke Pontianak hari ini bagi meninjau keadaan suami dan empat rakannya.

"Saya juga difahamkan bahawa pegawai Konsul Malaysia di Pontianak sedang memantau perkara ini dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada keluarga di sini.

"Saya bersyukur adik saya serta empat rakannya selamat. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka membawa adik ipar saya berjumpa suaminya di sana," katanya.

Dalam kejadian Khamis lepas, lima nelayan iaitu Wan Budiman, Musa Mohammad, 33, Ahmad Puad, 23, Mohd Arif Rosli, 20, dan Ahmad Faisal Sulong, 23, dari Seberang Takir di sini ditahan pihak berkuasa Indonesia apabila dikatakan memasuki perairan negara jiran itu semasa menangkap ikan.

Kesemua nelayan tersebut dikatakan cuba melarikan diri walaupun diarah berhenti yang menyebabkan pihak berkuasa Indonesia melepaskan tembakan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan