Majlis Perundingan Wanita Islam & YADIM Lancar Tabung Untuk Keluarga Islam

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suara wanita Islam akan kedengaran lebih kuat dan berkesan dengan terbentuknya sebuah Jawatankuasa Tindakan yang akan membantu wanita Islam yang menghadapi masalah keluarga, kata Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Nik Karim.

Jawatankuasa ini katanya secara khusus akan membantu wanita-wanita Islam yang berhadapan dengan masalah rumahtangga dalam berhadapan dengan soal undang-undang.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas berkunjung ke Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) di sini hari ini, Dr Nik Safiah menambah, MPWIM juga bersetuju untuk mewujudkan sebuah dana yang dinamakan Tabung Keluarga Islam atau TAKRIM yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pasangan yang bercadang untuk berkahwin supaya bakal isteri tersebut mendapat bantuan kewangan sekiranya suami mencerai atau meninggalkan mereka.

Bagaimanapun katanya, mekasima dan konsep pelaksanaan dana tersebut masih di dalam perbincangan dengan YADIM.

Untuk itu, MPWIM menyeru syarikat-syarikat korporat supaya membantu memperkukuhkan tabung tersebut dengan menyumbang bantuan kewangan kepada mereka.

Mana-mana syarikat atau orang perseorangan yang berminat berbuat demikian bolehlah menghubungi 03-2274 6077 untuk maklumat lanjut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan