Laporan Tragedi Jambatan Runtuh Dibentangkan Di Dewan Rakyat 7 Disember Ini

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan tragedi jambatan runtuh di Sungai Kampar, Perak yang menyebabkan tiga pelajar maut Oktober lepas akan dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran pada 7 Disember ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata: "Laporan tragedi jambatan gantung...sudah siap, hanya menunggu laporan dari Jabatan Kerja Raya".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kes saman ganti rugi yang difailkan oleh keluarga ketiga-tiga mangsa kejadian itu di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini, Mohd Paud berkata Kementerian Pelajaran akan membantu guru dan kakitangan kementerian itu yang berhadapan dengan kes saman itu.

"Kita akan mempertahankan mereka. Pada saya mereka telah menjalankan tugas dengan baik dengan menyelamatkan pelajar sedaya upaya mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lanjut bantuan yang akan diberikan oleh kementerian itu kepada pegawai terlibat.

Keluarga mendiang Dina Deve a/p Nathan, Diryasree a/p Vasudevan dan Davadharshini a/p Maheswaran telah memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Bapa ketiga-tiga pelajar itu, iaitu K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T. Nathan telah menyaman guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Selain itu mereka juga turut menyaman Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang.

Pihak yang lain yang disaman ialah penderma jambatan gantung itu iaitu Syarikat GS Synergy Sdn Bhd, Syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga pelajar itu maut apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam 26 Oktober lepas semasa menghadiri aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan