Isa Samad Angkat Sumpah ADUN Bagan Pinang

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wakil rakyat Bagan Pinang yang baru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas. Mohd Isa, 60, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri Sembilan di sini.- Foto BERNAMA.
Wakil rakyat Bagan Pinang yang baru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas. Mohd Isa, 60, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri Sembilan di sini.- Foto BERNAMA.

SEREMBAN: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bagan Pinang berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas.

Mohd Isa, 60, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor pada sesi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-12 di Dewan Undangan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah itu akan membolehkan Mohd Isa turut serta dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan yang akan berlangsung mulai hari ini, 23, 24, dan 25 November.

Mohd Isa merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 sehingga Mac 2004.

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang itu dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Isa menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas dengan majoriti 5,435 undi, dan Barisan Nasional (BN) kini menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala DAP 10 kerusi, PKR 4 kerusi dan Pas 1 kerusi.

Sementara itu, Razak ketika mengalualukan penyertaan Mohd Isa sebagai anggota terbaru Dewan Undangan Negeri Sembilan turut mengucapkan tahniah kepada beliau.

Razak juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan pasukan itu merangkul Piala Malaysia setelah menewaskan Kelantan 31 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 November lepas.

"Kemenangan ini adalah hadiah yang tidak ternilai sempena pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 26 Oktober lepas.

"Kejayaan membawa pulang piala berprestij setelah 61 tahun ini adalah hasil komitmen tinggi pegawai dan pemain di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan selaku presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan