TIADA PENIAGA GUNA PLASTIK UNTUK RANGUPKAN MAKANAN - LIOW

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini menafikan dakwaan terdapat segelintir peniaga yang menggunakan plastik atau straw dalam makanan bergoreng seperti pisang goreng untuk menjadikan makanan itu lebih rangup.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian sentiasa memantau perkara itu dengan mengambil sampel minyak yang diguna peniaga di seluruh negara, dan hasil pemeriksaan mendapati tiada peniaga yang melakukan perkara itu setakat ini.

"Terdapat aduan dan kebimbangan dari orang-ramai yang peniaga meletakkan plastik dalam minyak untuk menggoreng bagi membuatkan makanan lebih rangup.

"Oleh itu kami turun padang dan mengambil sampel, tapi kami tidak menemuinya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, di sini hari ini.

Liow berkata, pemantauan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan peniaga yang didapati melakukan perbuatan itu akan diambil tindakan tegas di bawah Akta Makanan 1983 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000.

Pada majlis itu, Liow turut melancarkan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanakkanak Kecil, sebagai usaha menambah baik amalan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak kecil dari lahir sehingga umur tiga tahun.

Beliau berkata, pada masa ini hanya 19 peratus daripada ibu-ibu di negara ini menyusukan bayi mereka secara eksklusif sehingga enam bulan.

Jumlah yang kecil itu mungkin didorong oleh kurang kefahaman tentang kepentingan menyusukan bayi secara eksklusif, justeru penghasilan buku itu boleh membantu, katanya.

Mengenai keselamatan makanan pula, Liow berkata, Malaysia mempunyai 15 skim pensijilan yang diguna bagi mengiktiraf pengeluaran makanan yang selamat dan ia dikendali lapan agensi kerajaan.

"Secara keseluruhannya terdapat 5,912 ladang, loji, kilang dan syarikat jualan telah mendapat pensijilan atau pengiktirafan skim itu," katanya.

Beliau berkata, dari segi perundangan pula, terdapat 20 undang-undang baru mengenai keselamatan makanan telah diusahakan sejak 2003, dan daripada jumlah itu 11 telah diwartakan manakala sembilan lagi di peringkat penggubalan.

Sementara itu, Liow berkata, semua pengilang ais di negara ini perlu dilesenkan serta mematuhi piawaian yang ditetapkan sebelum 1 September tahun depan selaras dengan syarat Kesatuan Eropah yang mengimport hasil pengeluaran ikan dari Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan