Tawaran Karpal, Nazri akan rujuk kepada Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan merujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung tawaran peguam Karpal Singh untuk mendakwa Datuk V. K Lingam.

Nazri yang juga menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata beliau akan menemui Peguam Negara secepat mungkin bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.

"Saya akan cuba memujuk Peguam Negara. Namun semuanya terpulang kepada beliau (Gani) untuk membuat keputusan. Kuasa untuk mendakwa terletak di tangan beliau," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tawaran khidmat sukarela Karpal untuk mendakwa peguam kontroversi dalam isu 'klip video Lingam' itu, sekiranya Peguam Negara membenarkan beliau berbuat demikian.

Kelmarin, Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri bersedia menerima bantuan sukarelawan daripada sesiapa yang mampu mendakwa peguam kontroversi itu dan Karpal juga boleh berbuat demikian sekiranya beliau menemui kaedah atau undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan dalam kes berkenaan.

Beliau berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Lingam, dan mereka yang terlibat dalam video klip berkenaan, termasuklah ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan; bekas anggota Kabinet, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohamed Eusoff Chin.

Suruhanjaya Diraja berkenaan mendapati kesalahan telah dilakukan oleh individu berkenaan dan perkara itu bertentangan dengan undang-undang negara. Mereka telah mencadangkan agar tindakan selanjutnya diambil ke atas individu yang terlibat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan