SPRM Terima Laporan Polis Kes Pemilikan Saham Azmin

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada polis berhubung isu pemilikan saham oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"SPRM mengesahkan telah menerima laporan daripada polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Adalah diharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu," kata kenyataan tersebut.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang medianya berkata, polis telah menyerahkan dokumen bukti pemilikan saham berjumlah RM2 juta oleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Tahrin kepada SPRM untuk siasatan lanjut berikutan agensi berkenaan pernah membuka kertas siasatan berhubung kes sama sebelum ini.

Menurut Musa kes tersebut turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana ia membabitkan pembelian saham.

Isu pemilikan saham oleh Azmin terbongkar barubaru ini apabila Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990an.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak bagaimanapun menafikan dakwaan pembelian saham tersebut dan mendakwa kenyataan Vigneswaran itu sebagai satu tindakan terancang untuk mengaibkan dan mencemarkan nama beliau.

Berikutan kenyataan itu Azmin telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Isu tersebut bagaimanapun semakin terdedah apabila pada Selasa lepas bekas setiausaha penasihat PKR Anuar Shaari tampil membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya yang dikatakan mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman.

Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, juga membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan