Rang Undang-Undang Data Peribadi Dibentang Di Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 bagi menjamin kerahsiaan data peribadi seseorang dan memastikan data tersebut tidak disalahgunakan oleh manamana pihak tidak bertanggungjawab dibentangkan di Dewan Rakyat ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum membentangkan rang undang-undang yang mempunyai 146 fasal dan 11 bahagian itu untuk bacaan kali pertama.

Rang undang-undang itu, antara lain, bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data untuk mengadakan perlindungan kepada data peribadi individu itu, dan dengan itu melindungi kepentingan individu berkenaan.

Menurut rang undang-undang itu, teknologi baru dan aliran pasaran yang kini berubah menyumbang kepada peranan maklumat yang semakin penting ekonomi pasaran global. Maklumat ini, terutamanya data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial, telah menjadi suatu komoditi yang bernilai.

Menurut rang undang-undang itu lagi, keadaan ini telah mewujudkan tekanan yang semakin meningkat untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi demi meningkatkan keyakinan pengguna dalam ekonomi global semasa.

Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk melantik seorang Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi untuk melaksanakan peruntukan akta sama dan juga menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi yang menasihati pesuruhjaya tentang perkara berhubung perlindungan data peribadi.

Suatu Tribunal Rayuan juga akan ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 untuk memberi ruang bagi merayu keputusan pesuruhjaya.

Bahagian 2 rang undang-undang itu memperkatakan peruntukan khusus mengenai perlindungan data peribadi.

Antaranya, Seksyen 5(1) yang memperuntukkan bahawa pemprosesan data peribadi oleh seseorang pengguna data hendaklah mematuhi prinsip perlindungan data peribadi iaitu prinsip am, prinsip notis dan pilihan, prinsip penzahiran, prinsip keselamatan, prinsip penyimpanan, prinsip integriti data dan prinsip akses.

Menurut rang undang-undang itu, seseorang pengguna data yang melanggar peruntukan seksyen ini telah melakukan satu kesalahan dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, denda RM300,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, pelbagai pihak menyarankan agar diwujudkan Akta Perlindungan Data Peribadi berikutan kontroversi perkhidmatan maklumat kredit yang dikeluarkan syarikat Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak.

Semalam, Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 dibentang bagi mengawal selia semua agensi pelaporan kredit yang melibatkan pemprosesan maklumat kredit pelanggan yang mungkin terdiri daripada individu, pertubuhan perbadanan atau badan tidak diperbadankan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan