Najib Hargai Sumbangan Golongan Kurang Upaya Kepada Negara

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan penghargaan terhadap pengorbanan dan sumbangan golongan kurang upaya kepada negara dan mengulangi sokongan kerajaan terhadap pembangunan paralimpik.

Menggariskan komitmen Malaysia, beliau mengumumkan kerajaan telah meluluskan sebidang tanah untuk ibu pejabat Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) dan pembinaan kompleks sukan khusus untuk atlet kurang upaya.

"Ini adalah bukti komitmen Malaysia dalam menyediakan peluang sama rata kepada atlet untuk cemerlang dalam sukan masing-masing," katanya semasa merasmikan perhimpunan agung dan persidangan ke-14 Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di sini.

Persidangan empat hari itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sehingga 22 November.

Beliau berkata di bawah gagasan 1Malaysia, keadilan dan kesaksamaan terpakai bukan hanya kepada mereka yang sempurna sifat dan berkemampuan sahaja.

"Gagsan 1Malaysia juga termasuk pengorbanan dan kerjasama padu daripada setiap bahagian masyarakat termasuk golongan kurang bernasib baik dan kurang upaya yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara," katanya.

Perdana Menteri yakin rakyat, tanpa mengira bentuk sifat atau keadaan diri mereka, perlu dilindungi dan ditawarkan peluang sama rata untuk menyumbang kepada proses pembinaan negara.

"Hakikat kejayaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) menganjurkan pelbagai pertandingan sukan pelbagai, kejohanan untuk golongan kurang upaya, seminar dan kongres adalah bukti ikrar kerajaan Malaysia terhadap pembangunan sukan dan pergerakan paralimpik," kata Najib yang merupakan Menteri Belia dan Sukan antara 1986 dan 1990.

Beliau menggesa semua pihak termasuk organisasi sukarela, sektor korporat dan atlet sendiri untuk saling bekerjasama dalam mempromosikan pergerakan paralimpik.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian MPC pimpinan Presidennya Datuk Zainal Abu Zarin, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan sebidang tanah untuk diberikan kepada MPC untuk membina bangunan ibu pejabat bagi memperkukuhkan pentadbirannya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk membina kompleks sukan khusus untuk atlet kurang upaya dikenali sebagai Kompleks Sukan Paralimpik di Kampung Pandan di sini.

Zainal berkata atlet kurang upaya negara telah berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang hasil sokongan padu kerajaan.

"Hari ini, atlet paralimpik Malaysia berdiri megah kerana mereka diiktiraf sebagai sama rata dengan rakan mereka yang sempurna sifat oleh kerajaan," katanya yang juga Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia dan Asean.

Ini kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah persidangan itu dengan yang pertama pada 2001. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan