MCA: Penyokong Kumpulan Masing-Masing Pertahan Pendirian

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Penyokong kumpulan yang bertelagah dalam MCA hari ini mengadakan sidang media masing-masing untuk mempertahankan perjuangan dan pendirian mereka walaupun perdana menteri secara terbuka berkata beliau akan cuba menyelesaikan masalah MCA dengan bertemu dengan semua pihak tidak lama lagi.

Datuk Ti Lien Ker yang baru dilantik sebagai anggota Majlis Presiden berkata, media telah dikelirukan sehingga memaparkan tajuk berita yang mencadangkan "pelan perpaduan menyeluruh" (GUP) telah gagal atau berlaku penyalahgunaan kuasa.

"Perkataan yang digunakan seperti 'pancung, cantas dan bakar" adalah putar belit kepada realiti. Drama mengeluarkan air mata secara terbuka merupakan drama politik," katanya.

Beliau merujuk kepada sidang akhbar yang diadakan Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diapit oleh Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun yang menangis selepas digugurkan daripada Majlis Presiden.

Ti berkata, Chew masih Ketua Wanita dan patut berterima kasih kepada Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat yang telah melantik Setiausaha Penganjur Wanita MCA Kebangsaan Tan Cheng Liang dan Setiausaha Agung Wanita Senator Heng Seai Kie menganggotai Majlis Presiden.

"Timbalan Ketua Pemuda Datuk Dr Mah Hang Soon juga dilantik ke Majlis Presiden, jadi kenapa Ketua Pemuda fikir tiada wakil?" soal Ti.

Malah Ti berkata, tiada sebab bagi parti komponen Barisan Nasional untuk campur tangan dalam krisis dalaman MCA.

Beliau juga menggesa akar umbi untuk tidak menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini yang diadakan oleh penyokong Liow dan sebaliknya rapatkan barisan untuk memastikan pelan perpaduan berhasil.

Pada satu lagi sidang akhbar yang diadakan oleh sembilan anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Kebangsaan, jurucakap kumpulan itu, Chong Sin Woon berkata, campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu memulihkan integriti MCA di peringkat akar umbi.

"Satu-satunya penyelesaian untuk memperoleh semula integriti parti di kalangan akar umbi ialah dengan mengadakan pemilihan baru sebelum akhir tahun, kita boleh gunakan mesyuarat agung tahunan yang akan diadakan pada 5 Disember sebagai platform untuk mengadakan pemilihan baru," katanya. Chong juga mencabar Ong dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding dalam pemilihan baru dan membuktikan yang mereka mendapat 97 peratus sokongan parti.

"Jika mereka dipilih semula oleh perwakilan, kami akan menghormati dan menyokong mereka. Kena berani hadapi perwakilan," katanya.

Chong berkata, dengan membuang penyokong Liow, Ong kini berkuasa penuh ke atas Majlis Presiden.

Kenyataan Wanita MCA pula berkata, Wanita menyambut baik pelantikan Heng dan Tan sebagai anggota Majlis Presiden, tetapi tidak dapat menerima yang Ketua Wanita telah digugurkan.

Ini adalah pertama kali Ketua Wanita tidak dilantik menganggotai Majlis Presiden dan ia mencerminkan "pengabaian mutlak" oleh presiden terhadap sayap Wanita dan satu penghinaan kepada Chew dan pergerakan Wanita.

"Keputusan itu turut menjejaskan hala tuju parti dan Wanita MCA," katanya.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan