MCA Mungkin Perlu Lebih Masa Tempoh Bertenang Selesai Krisis - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MCA mungkin memerlukan lebih masa untuk tempoh bertenang dalam menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Selain berharap pemimpin parti itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berhatihati supaya keadaan tidak menjadi lebih kusut, katanya kepada wartawan Malaysia di sini Rabu.

Muhyiddin yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Jaminan Makanan Dunia berkata demikian apabila ditanya mengenai perkembangan terkini parti itu.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan bahawa mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat parti itu menolak mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada 28 November depan, serta mengumumkan pelantikan baru anggota Majlis Presiden yang menyaksikan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, yang merupakan penyokong setia kepada Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai digugurkan daripada menganggotai majlis itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pemimpin MCA perlu patuh kepada pelan perpaduan yang telah dirangka sebelum ini bagi menyelesaikan segera kemelut dalaman parti itu.

Malah MCA perlu mencari orang tengah dalam menyelesaikan masalah parti itu jika "pihak dalam parti tidak dapat persetujuan." Ini adalah perkara biasa, malah "dalam persidangan dunia, kita kena cari orang tengah untuk selesaikan," katanya. Pada majlis berasingan, Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Indonesia Prof Dr Boediono di sini, Rabu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan