KWSP Lantik Shahril Ridza Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan)

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan MRCB, Shahril Ridza Ridzuan sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif pelaburannya yang baru, berkuatkuasa 1 Disember ini.

Shahril, 39, akan melepaskan jawatannya sebagai pengarah urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Dalam satu kenyataan di sini semalam, KWSP berkata Shahril akan membawa pengalamannya yang luas dalam bidang kewangan korporat, pengstrukturan semula, penggabungan dan pengambilalihan dan pembangunan hartanah ke organisasi itu.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan memainkan peranan penting dalam menguruskan pinjaman semula bank, pemulihan korporat dan pengstrukturan semula kredit semasa krisis kewangan Asia pada 1997.

Menurut kenyataan itu, Shahril juga merupakan anggota lembaga pengarah bukan eksekutif Media Prima Berhad, New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, MRCB telah melantik Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Razeek Hussain sebagai ketua pegawai eksekutif yang baru berkuatkuasa 1 Disember depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan