Kluster Influenza H1N1 Dilaporkan Di Sebuah Sekolah Di Pahang

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kluster Influenza A (H1N1) dilaporkan di Sekolah Kebangsaan Paya Bungor, Kuantan, minggu lepas.

"Tindakan kawalan dan pencegahan yang sewajarnya telah dilaksanakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah sepanjang tempoh kejadian kluster tersebut," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini.

Angka kematian keseluruhan akibat H1N1 masih kekal 77 orang dengan tiada kematian baru. Pada minggu lepas, 619 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) dimasukkan ke hospital manakala 679 kes dibenarkan keluar hospital.

Setakat 14 November, jumlah kes ILI yang masih mendapatkan rawatan di seluruh negara adalah 448 kes di 62 buah hospital termasuk empat hospital swasta.

Mengenai situasi global, Dr Ismail berkata sehingga 8 November lepas, lebih daripada 503,536 kes yang disahkan H1N1 dilaporkan di seluruh dunia, membabitkan lebih 6,260 kematian dari lebih 206 negara.

Katanya penularan di negaranegara hemisfera utara seperti Amerika Utara, Kanada Barat, Eropah dan Asia menunjukkan peningkatan ILI yang luar biasanya bermula lebih awal daripada tahun sebelumnya.

Pemantauan di negaranegara tersebut menunjukkan peratusan virus H1N1 yang dikesan adalah tinggi berbanding dengan virus influenza bermusim. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan