Sukar Dapatkan Semula Kerakyatan Malaysia Jika Telah Dilepaskan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Rakyat Malaysia yang melepaskan taraf kewarganegaraan mereka akan berdepan kesukaran sekiranya mereka memohon semula untuk mendapatkan status sebagai warga negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi mereka berfikir dengan mendalam terlebih dahulu sebelum "membuang" kewarganegaraan mereka untuk menetap di negara lain.

Beliau berkata tindakan itu yang diambil oleh segelintir rakyat Malaysia adalah atas kehendak mereka sendiri dan bukan kerajaan yang membuat keputusan itu.

"Agak sukar bagi mereka yang melepaskan kewarganegaraan untuk mendapatkannya semula," katanya semasa sesi dialog bersama masyarakat Malaysia di Itali pada Selasa malam.

Timbalan Perdana Menteri menjawab soalan sama ada kerajaan akan memberi pertimbangan untuk mengembalikan semula kewarganegaraan kepada rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka.

Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Duta Malaysia ke Itali, Ramli Naam.

Muhyiddin berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Jaminan Makanan Dunia 2009, selama tiga hari yang bermula Isnin lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tahu ada di antara rakyat Malaysia yang memilih untuk melepaskan kewarganegaraan mereka, dan selepas itu mahu mendapatkannya semula disebabkan banyak faktor, termasuk merindui kampung halaman.

"Memanglah, mereka boleh memohon semula untuk mendapatkannya tetapi tiada sebarang jaminan bahawa mereka boleh memperoleh kembali kerakyatan memandangkan ini adalah perkara yang serius," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin menggesa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara selama bertahuntahun serta menimba banyak pengalaman supaya pulang dan berkhidmat di negara ini.

Sementara itu ketika berucap, Muhyiddin menggesa rakyat Malaysia di luar negara supaya menjalankan apa jua peranan sebagai duta muhibbah Malaysia, dalam usaha mempromosikan negara ini.

"Saya dengar ada di antara anda yang mempunyai restoran menjual makanan Malaysia di sini. Ini satu daripada contoh untuk anda menonjolkan imej negara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan