SPR Ambil Tindakan Perlu Sementara Tunggu Keputusan Mahkamah Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan perlu sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan penangguhan pelaksanaan perintah bagi diadakan pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh di Kedah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR sedang menunggu proses undang-undang dan keputusan itu dijangka diketahui Jumaat ini.

"SPR menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

"Pada ketika ini, kami tidak akan mengadakan mesyuarat (mengenai mengadakan pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Undangan Negeri yang baru di sini semalam.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu dari Barisan Nasional (N) Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri dua sidang dewan berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin juga memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi Kota Siputeh, yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerlun.

Abu Hassan, yang bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh dan dilarang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula hari ini, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di pejabat pendaftar mahkamah itu di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Aziz berkata SPR akan merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan jika keputusan pada Jumaat ini tidak memihak kepada suruhanjaya itu.

"Selepas keputusan akhir dibuat pada peringkat tertinggi, SPR akan mengumumkan secara rasminya tarikh bagi penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil (Kota Siputeh)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan