Rumah Pangsa Kg Kerinchi Akan Dibina Semula

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi akan dibangunkan semula dalam masa tiga tahun bagi memberi keselesaan kepada penghuninya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata sementara menantikan pembangunan semula itu siap, seramai 480 penduduk rumah pangsa berkenaan akan dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi dan PPR Sri Cempaka berdekatan kawasan itu.

Katanya kunci rumah sementara itu akan diberi dalam masa dua hingga tiga minggu lagi dan kerja pemindahan dijangka selesai hujung tahun ini dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Keseluruhannya 90 peratus penduduk bersetuju dengan rancangan ini, lagipun mereka sudah lama minta penempatan baru," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai projek tersebut di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata dengan pembangunan baru itu penduduk akan mendapat rumah pangsa tiga bilik dengan dua bilik air.

Katanya rumah pangsa lama yang dibina pada 1974 yang didiami mereka sekarang hanya mempunyai satu bilik tidur malah ada juga yang tiada bilik tidur langsung.

"Tidak lama lagi, DBKL akan mengeluarkan tender terbuka dan saya memberi jaminan mereka akan memilih pemaju berkaliber supaya projek ini tidak terbengkalai," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan