Punca Pesawat Langgar Atap Rumah Sedang Disiasat

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) sedang menyiasat punca sebenar kejadian jet pejuang negara itu yang terbang rendah dan menyebabkan sebuah rumah berhampiran pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang rosak pada 11 November lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pihak akan mengkaji dengan rapi bagi mengetahui sama ada kejadian itu berpunca daripada masalah teknikal ataupun kesilapan manusia.

"Selalunya kemalangan yang membabitkan pesawat berpunca kepada kesilapan manusia, namun kita tidak menolak kadang kala berpunca dari segi teknikal pesawat itu sendiri namun kita akan siasat terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dua syarikat iaitu Mutiara Rini Sdn Bhd bersama Leejin Sdn Bhd berkaitan projek perumahan di Damansara di sini hari ini.

Pada kejadian pukul 3 petang 11 November lepas, sebuah rumah di Kampung Setol, Butterworth mengalami kerosakan atap dan dinding selepas jet pejuang jenis F15 Eagle milik USAF melakukan penerbangan rendah selepas berlepas dari pangkalan itu untuk menjalani latihan.

Difahamkan, kedudukan rumah itu agak hampir dengan hujung landasan dan kemungkinan kerosakan tersebut berpunca daripada tekanan angin dan kuasa supersonik yang dihasilkan oleh pesawat itu semasa melakukan penerbangan taktikal. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan