Lebih Setengah Juta Pelajar Duduki SPM Dan STPM Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 521,488 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara mulai hari ini.

Sejumlah 465,853 calon mengambil peperiksaan SPM yang berlangsung sehingga 16 Dis manakala 55,635 pula menduduki peperiksaan STPM yang akan tamat pada 10 Dis.

Daripada jumlah pelajar SPM, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah diminta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.

Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.

Lembaga Peperiksaan juga mengeluarkan pekeliling berkaitan Garis Panduan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah.

Garis panduan itu menghendaki pelajar dan keluarga mengikuti perkembangan wabak penyakit dan peka kepada maklumat terkini terutama daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, semua ibu bapa atau penjaga calon SPM perlu menasihati anak-anak agar mengikut panduan penjagaan kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelak virus H1N1 termasuk memaklumkan kepada pihak terbabit jika ada tanda-tanda dijangkiti.

Di KELANTAN, 140 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Maher di Kota Baharu terpaksa dikuarantin berikutan bekalan elektrik ke sekolah itu terputus sejak 8 pagi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata jadual peperiksaan pelajarpelajar terbabit ditunda lebih sejam dan mereka ditempatkan sementara di dewan asrama sekolah sehingga bekalan elektrik pulih pada 9 pagi sebelum dibenarkan kembali ke pusat peperiksaan untuk menduduki peperiksaan.

Seramai 38,919 pelajar menduduki peperiksaan SPM di 281 pusat peperiksaan seluruh Kelantan tahun ini, termasuk 23 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan sembilan pesalah juvana di pusat pemulihan akhlak d Penjara Machang.

Mohd Ghazali berkata tiada sekolah yang ditutup akibat banjir dan pelajar dapat mengikuti peperiksaan di sekolah masingmasing bermula 8 pagi.

Di KEDAH, Jabatan Pelajaran Negeri mengambil inisiatif menyediakan kemudahan pakaian bersih untuk calon SPM yang terbabit dengan banjir bagi memastikan mereka dapat menjawab peperiksaan dalam keadaan selesa, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman.

Di SMK Seri Gunong dekat Alor Setar, lima daripada 96 calon ditempatkan di asrama SMK Alor Janggus selepas rumah mereka dilanda banjir sejak beberapa hari lepas.

"Di SMK Kepala Batas pula, tiga calon SPM sekolah berkenaan terpaksa tinggal di sekolah itu, yang juga menjadi pusat pemindahan banjir daerah Kota Setar kerana rumah mereka dilanda banjir," katanya.

Shahidan berkata 35,789 calon menduduki SPM di 284 pusat peperiksaan di seluruh Kedah manakala 3,628 calon STPM pula, menduduki peperiksaan di 64 pusat.

Di TERENGGANU, 12 pelajar terpaksa mengambil peperiksaan SPM di hospital apabila tujuh daripada mereka disyaki mengalami cirit-birit manakala lima lagi iaitu tiga di daerah Kuala Terengganu dan masing-masing satu di Besut serta Kemaman kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata calon SPM di Terengganu pada tahun ini adalah seramai 23,616 dengan pecahan 21,929 calon sekolah bantuan kerajaan, 812 calon sekolah berasrama, 140 calon sekolah menengah agama kerajaan, 17 calon sekolah agama rakyat dan 718 calon persendirian.

"Dua calon STPM kita terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini apabila seorang disyaki menghidap penyakit taun manakala seorang lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya," katanya.

Ariffin berkata pihaknya juga menyediakan bilik gerakan peperiksaan bagi menghadapi kemungkinan banjir di setiap daerah di negeri itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan