KWSP Lantik Shahril Ridza Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan)

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan MRCB, Shahril Ridza Ridzuan sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif pelaburannya yang baru, berkuatkuasa 1 Disember ini.

Shahril, 39, akan melepaskan jawatannya sebagai pengarah urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, KWSP berkata Shahril akan membawa pengalamannya yang luas dalam bidang kewangan korporat, pengstrukturan semula, penggabungan dan pengambilalihan dan pembangunan hartanah ke organisasi itu.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan memainkan peranan penting dalam menguruskan pinjaman semula bank, pemulihan korporat dan pengstrukturan semula kredit semasa krisis kewangan Asia pada 1997.

Menurut kenyataan itu, Shahril juga merupakan anggota lembaga pengarah bukan eksekutif Media Prima Berhad, New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.

Sementara itu dalam perkembangan yang berkaitan, MRCB telah melantik Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Razeek Hussain sebagai ketua pegawai eksekutif yang baru berkuatkuasa 1 Disember depan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan