Jawatankuasa Pusat MCA, Tolak EGM Kedua - Berita Semasa | mStar

Jawatankuasa Pusat MCA, Tolak EGM Kedua

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini menolak cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini kerana terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Tee Keat berkata notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pihak kumpulan 16 anggota CC yang berpendirian untuk mengadakan EGM yang disokong Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga dipertikaikan. "Dalam mesyuarat CC hari ini, terdapat 23 ahli jawatankuasa pusat menolak resolusi dan membantah untuk mengadakan EGM kerana mendapati terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti, manakala 10 ahli menyokong dan dua ahli berkecuali," kata Tee Keat dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyurat CC yang berlangsung lebih tiga jam di sini hari ini.

Ini bermakna EGM tidak seharusnya diadakan, kata Tee Keat yang menambah, surat rasmi dan logo parti juga disalahgunakan bagi mengedarkan notis pemberitahuan kepada para perwakilan pusat.

Dalam sidang akhbar itu, Tee Keat juga mengumumkan pelantikan sembilan daripada 10 anggota CC untuk menganggotai Majlis Presiden iaitu Datuk Lee Chee Leong, Senator Heng Seai Kie, Tan Cheng Liang, Datuk Ti Lian Ker, Datuk Loke Yuen Yow, Datuk Seri Tan Chai Ho, Gan Peng Sieu, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Wong Hock Aun.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan