Hadapi Tuduhan Tanpa Tauliah, Dr Asri Nekad Terus Mengajar Agama

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Saya akan teruskan menyampaikan mesej agama Islam.'- Dr Asri. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
'Saya akan teruskan menyampaikan mesej agama Islam.'- Dr Asri. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Penceramah agama dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan terus mengajar agama meskipun sedang menghadapi dakwaan mengajar agama tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Kalau saya tak boleh mengajar secara terbuka, banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan seperti internet dan sebagainya. Saya akan teruskan menyampaikan mesej agama Islam.

"Mungkin bagi sesetengah orang, apabila dihalang mengajar agama bukan sesuatu yang besar pada diri mereka dan mereka boleh berdiam diri. Tapi bagi diri saya, ini adalah sesuatu yang besar. Mengajar agama adalah kerja saya dan saya dihalang meneruskan kerja saya," kata bekas Mufti Perlis ini ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi tadi.

Jelasnya lagi, beliau akan terus menyampaikan dakwah Islam kerana perkara itu akan memberi rahmat kepada semua orang.

Dr Asri menganggap kes yang sedang dihadapinya agak unik kerana,"orang agama sendiri menghalang pencermaha agama untuk menyampaikan dakwah."

"Mungkin kalau orang maki hamun, perkara ini dibenarkan tapi bila bercakap baik-baik pasal agama, kena ada tauliah," kata Dr Asri yang ditahan pihak JAIS pada 1 November lalu, di sebuah rumah banglo di Taman Sri Ukay, Gombak kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah.

Sebelum ini, pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu.

Ada satu klausa dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 di mana pengecualian tauliah dibolehkan dan antara mereka yang termasuk di dalam kriteria golongan tertentu seperti ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, Hakim Mahkamah atau Pendaftar Mahkamah Syariah serta Menteri atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Ternyata, Dr Asri, bekas Mufti Perlis, seorang pensyarah dalam pengajian islam di Universiti Sains Malaysia dan juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, boleh dikecualikan tetapi atas alasan tertentu, beliau tidak diberikan kelonggaran tersebut.

"Jelas sekali di bawah seksyen yang yang terbabit, saya boleh dikecualikan tapi mereka nak bicarakan saya juga, terpulanglah...," kata Dr Asri yang masih belum bercadang untuk memohon mendapatkan tauliah memberi ceramah agama daripada JAIS selepas ini.

Pagi tadi bertempat di Mahkamah Syariah Gombak Timur ketika mendengar kes pendakwaan Dr Asri, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah menolak permohonan pihak pendakwaan secara lisan atas alasan permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat kerana mahkamah berpandangan kes itu perlu dibicarakan dengan segera.

Wan Mahyuddin membenarkan Dr Asri dilepaskan dengan bon jaminan RM3,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 Jan depan untuk perbicaraan.

Jaminan itu dibayar oleh Mohd Md Sadik dan Mohd Ismail Mirasa.

Dr Asri sempat merakamkan penghargaan kepada mereka yang menyokongnya termasuk Kelab Menyokong Dr Asri yang ditubuhkan selepas isu penahanan beliau.

"Terima kasih kerana memberi sokongan moral kepada saya. Saya cuma berharap pihak JAIS jangan buat banyak tindakan kerana ini akan menghakiskan keyakinan rakyat terhadap badan itu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan