1,352 Mangsa Banjir Di Kedah Masih Berada Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di empat daerah di Kedah terus berkurangan kepada 1,352 orang berbanding 1,558 orang petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar meningkat kepada 904 orang daripada 261 keluarga berbanding 876 orang daripada 254 keluarga petang semalam dan ditempatkan di enam pusat pemindahan.

"Sebanyak 59 orang daripada 15 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di dua pusat pemindahan manakala di Kubang Pasu, jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada 64 mangsa melibatkan 12 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan," katanya.

Jurucakap itu berkata jumlah mangsa banjir di daerah Bandar Baharu pula menunjukkan peningkatan kepada 325 mangsa daripada 77 keluarga berbanding 291 mangsa daripada 68 keluarga petang semalam.

Sementara itu, bacaan paras air Sungai Pantai Johor masih melebihi paras bahaya iaitu 2.24 meter (paras bahaya 2 meter) manakala sungai-sungai lain berada pada paras berjaga-jaga. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan