Syed Husin, Ramakrishnan Dipilih Ahli Dewan Negara

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali dan Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), S.Ramakrishnan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Usul yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim itu bagi menggantikan dua Ahli Dewan Negara yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 6 Dis ini.

Kuota Selangor di Dewan Negara kini diwakili oleh Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Datuk Yip Kum Fook.

Usul pemilihan Syed Husin, yang juga anggota pengasas Suara Rakyat Malaysia (Suaram), disokong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali, manakala pemilihan Ramakrishnan disokong Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.

Syed Hussin yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics and Political Science pada tahun 1972 dan telah berkecimpung dalam bidang politik selama 50 tahun.

Ramakrishnan yang menjadi anggota DAP selama sembilan tahun, kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Metropolitan sejak tahun 1997. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan