Sebahagian Besar Jemaah Haji Malaysia Perlu Bayar Dam RM300

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Sebahagian besar jemaah haji Malaysia yang menunaikan ibadah Haji Tamattuk dikehendaki membayar dam atau denda sebanyak 330 Saudi Riyal (RM300) seorang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abd Mubin berkata Tabung Haji menawarkan perkhidmatan bayaran dam itu bagi memudahkan jemaah haji.

Jemaah haji yang mengerjakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam dengan bayaran yang ditetapkan, dengan menyembelih sesekor kambing bagi seorang, yang diuruskan oleh Tabung Haji.

"Justeru bagi membantu jemaah haji yang menghadapi masalah untuk mencari kambing dan menyembelihnya atau sukar mencari orang yang dipercayai bagi melaksanakan dam, maka pihak Tabung Haji sedia membantu dengan syarat jemaah mendepositkan sebanyak SR330 iaitu harga pasaran bagi seekor kambing di kaunter kewangan yang disediakan di setiap Maktab Tabung Haji di Mekah," katanya kepada pasukan Media Tabung Haji di sini hari ini.

Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama sementara Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka juga dikenakan dam manakala haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah dan mereka tidak perlu membayar dam.

Mohd Salleh berkata pembayaran dam boleh dilakukan secara tunai di semua kaunter kewangan Tabung Haji atau dengan memberi arahan memotong baki wang dari akaun simpanan Tabung Haji.

Bagaimanapun, katanya jemaah haji tidak wajibkan membayar dam itu kepada Tabung Haji sekiranya mereka hendak melaksanakannya sendiri.

Ditanya mengenai cara Tabung Haji melaksanakan dam, beliau berkata lazimnya pelaksanaan dam akan dijalankan setelah tamatnya musim haji.

"Setelah semua jemaah haji selamat kembali ke tanah air, kita akan arahkan pejabat Konsul Haji di Jeddah untuk memanggil sebut harga di kalangan syarikat pembekal haiwan ternakan di Arab Saudi bagi mendapatkan kambing pada harga mengikut harga pasaran.

"Setelah itu beberapa buah syarikat akan dilantik bagi melaksanakan dam dan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan bergantung kepada bekalan haiwan," katanya.

Pada tahun lepas, kira-kira 18,000 orang jemaah haji memberi kepercayaan kepada Tabung Haji melaksanakan dam bagi pihak mereka dan beliau menjangkakan jumlah yang serupa bagi tahun ini.

"Saya berharap para jemaah yang mewakilkan kepada Tabung Haji bagi melaksanakan dam dapat mengerjakan ibadah mereka dengan tenang dan insyaAllah pihak Tabung Haji akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan