Perwakilan Pusat Akan Menghadiri EGM Kedua

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan pusat MCA dijangka menghadiri mesyuarat luar biasa (EGM) parti itu pada 28 November ini, menurut anggota jawatankuasa pusat (CC) parti itu Wong Nai Chee.

Beliau menegaskan bahawa EGM yang sah itu merupakan satu landasan untuk membolehkan pemimpin akar umbi menyuarakan pandangan mereka.

"Hanya kerana ada orang yang mempersoalkan kesahihan EGM itu, ini tidak bermakna ia tidak sah," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Semalam Timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA komited untuk mengadakan satu pemilihan langsung dan tarikhnya akan diumumkan dalam masa enam bulan.

Wong yang juga salah seorang yang menyarankan untuk EGM itu diadakan, berkata parti itu sepatutnya memulihkan dengan segera integritinya dan bukan menunggu sehingga enam bulan seperti apa yang dikatakan oleh Dr Chua.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa EGM kedua yang dipanggil oleh kumpulan naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dan membantu menangani krisis dalaman parti itu.

"Saya tidak setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dalam temubual dengan Malaysiakini.

"EGM itu membolehkan pemimpin akar umbi mempunyai satu landasan bagi menyuarakan pandangan mereka," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan