MCA Optimistik Menuju Ke Arah Perpaduan

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan menuju ke arah perpaduan setelah Pelan Perpaduan Besar (GUP) parti itu mendapat sokongan daripada kebanyakan pemimpin pertubuhan Cina pada majlis makan, malam tadi.

Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa pemimpin parti tersebut juga bersetuju dengan saranan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Tan Sri Pheng Yin Huah, pemimpin masyarakat Cina mahu MCA bersatupadu untuk mempertahankan kepentingan kaum ini dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"MCA adalan parti yang mewakili masyarakat Cina, kami telah mencapai pendapat yang sama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat tersebut, iaitu bersepadu dan bersama-sama membela nasib masyarakat Cina," kata Heng kepada Bernama selepas memimpin 88 orang anggota rombongan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak melawat Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.

Beliau berkata Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong juga hadir pada jamuan tersebut dan mereka juga bersamasama berdialog dengan pemimpin masyarakat Cina, yang menunjukkan mereka juga mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi kaum itu.

Heng juga berkata beliau tidak akan menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini kerana keduadua resolusi EGM tersebut bercanggah dengan perlembagaan MCA dan sebarang keputusan yang dicapai adalah tidak sah.

"Oleh yang demikian, kami tidak menggalakkan mana-mana perwakilan pusat untuk menghadiri EGM tersebut kerana biarpun apa keputusan yang dicapai, ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana ia adalah tidak sah, ia hanya sesuatu usaha yang siasia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Heng yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata Ekspo Kesenian Antarabangsa Malaysia (AEM) ketiga akan diadakan selama lima hari bermula Khamis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di sini dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Ekspo ini bertujuan meningkatkan kesedaran, penghargaan dan promosi seni dengan membawa dan mengumpulkan pembekal hasil seni, pencinta seni, pelajar seni dan orang awam," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa Pameran Kesenian Antarabangsa Asia (AIAE) akan diadakan mulai Jumaat ini hingga 31 Jan tahun depan di Balai Seni Lukis Negara di sini, bertujuan menunjukkan kepelbagaian karya seni visual yang merentasi sempadan pelukis-pelukis jemputan tempatan dan luar negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan