Saravanan Yang Kini Ditahan Kerana Didakwa Bunuh Ibu Ditemui Mati Tergantung Dalam Penjara

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: J. Saravanan, yang kini dalam tahanan selepas didakwa membunuh ibunya di rumah mereka di Kampung MIC Ulu Tiram telah ditemui mati di Penjara Ayer Molek dekat sini semalam.

Adalah difahamkan, Saravanan, 22, telah bertindak membunuh diri dengan mengantung dirinya menggunakan sarung bantal yang diikat pada jaring besi sel tahanannya antara jam 8.45 hingga 9.15 malam semalam.

Saravanan sebelum ini didakwa membunuh ibunya, K. Malilla, 47, menggunakan batang besi pada 5 Oktober lalu dan kini sedang menunggu perbicaraan.

Selepas membunuh ibunya, Saravanan telah menyumbang mayat ibunya itu ke dalam sebuah bag dan disembunyikan di bawah singki rumah mereka.

Mayat Saravanan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat. Anggota keluarganya kelihatan mengerumuni di hadapan rumah mayat hospital.

Pakciknya, K. Chandran, 42, ketika ditemui berkata, dia telah dimaklumkan tentang kejadian ini pada lebih kurang jam 11.20 malam semalam oleh pegawai penjara.

“Saya diberitahu seorang warden yang baru bertukar syif telah menemui Saravanan tergangung di dalam selnya dan terus mengejar Saravanan ke hospital. Bagaimanapun Saravanan diiystiharkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital,” kata Chandran.

Bagaimanapun Chandran enggan menerima hakikat bahawa kematian Saravanan adalah kerana membunuh diri.

Dia berhasrat membuat laporan polis berhubung kejadian ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Johor, Penolong Pesuruhjaya Kanan I, Datuk Jalaluddin Ab Rahman mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita serahkan kepada pihak hospital melakukan bedah siasat dulu dan ia akan dilakukan hari ini,” ujar beliau.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan