Polis Perak Wajibkan Setiap Anggota Beruniform Salurkan Satu Tip Jenayah Mulai 1 Jan 2010

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menjelang 1 Januari tahun depan, Kontinjen Polis Perak akan mewajibkan semua anggota beruniformnya menyalurkan minimum satu tip aktiviti jenayah melibatkan komuniti mereka setiap bulan.

Ketua Polis Perak, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Zulkifli Abdullah berkata, langkah itu adalah untuk menggalakkan setiap anggota beruniform bergaul dan mengambil berat tentang apa yang berlaku di kalangan komuniti mereka.

“Di negeri ini sahaja kita mempunyai lebih 7,000 anggota beruniform dan bukan beruniform, mustahil seorang pun tidak boleh menyalurkan maklumat mengenai jenayah yang berlaku dalam komuniti di mana mereka tinggal,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Perak di sini pagi Isnin.

Menurut beliau, terdapat pelbagai maklumat yang pihak polis boleh perolehi daripada masyarakat khususnya tentang aktiviti jenayah yang sangat berguna untuk pihak polis mengambil tindakan segera.

"Misalnya tugas seorang anggota polis di bahagian logistik ialah untuk memandu tetapi hakikatnya ialah, anggota itu masih seorang anggota polis dan juga dia adalah anggota masyarakat di mana dia tinggal. "Dengan peraturan baru ini, kita hendak mereka bergaul dengan masyarakat dan dengan demikian, masyarakat akan datang kepada mereka dan memberi mereka maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah atau tempat di mana budak-budak nakal berkumpul dan membuat masalah kepada masyarakat,” tegas beliau.

Zulkifli berkata, peraturan baru ini telahpun bermula dan akan menjadi satu prosedur yang diwajibkan menjelang 1 Januari tahun depan. Sekarang masih dalam proses percubaan dan respon daripadanya sangat mengalakkan.

Beliau menambah, sejak peraturan baru ini diperkenalkan, pihak polis telah menerima antara 700 hingga 800 tip setiap bulan dan angka ini akan mencapai 1,000 tip tidak lama lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan