EGM Tetap Diteruskan Walaupun Ada Pihak Cuba Halang

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua MCA yang dipanggil pada 28 November ini tetap akan diteruskan walaupun terdapat beberapa pihak tertentu yang cuba mencetuskan kontroversi untuk menghalang EGM itu diadakan.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata permintaan untuk mengadakan EGM adalah hak perwakilan untuk menentukan hala tuju dan menangani masalah yang dihadapi parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Ia tidak akan halang kita (untuk adakan EGM kedua) meskipun ada pihak menggunakan cara dengan mencetuskan kontroversi.

Perwakilan yang akan menentukan nasib parti ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, selepas beliau mempengerusikan sesi dialog khas kepimpinan tertinggi parti MCA dengan 620 pemimpin bahagian, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata mesyuarat kedua itu dianggap tidak sah kerana usul-usul yang akan dibawa pada EGM tersebut bercanggah dengan perlembagaan MCA.

Dr Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan mendakwa perwakilan yang hadir pada sesi dialog berkenaan juga telah bersetuju untuk tidak akan hadir pada EGM itu. Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata dengan cara menggalakkan perwakilan untuk tidak menghadiri EGM kedua itu menjadikan perwakilan tidak yakin dengan kredibiliti parti.

"Untuk hendak atau tidak (adakan EGM), tidak semestinya kita perlu ikut, tetapi dengan cara halang perwakilan untuk tidak datang EGM itu telah jadikan perwakilan tidak yakin.

"Resolusi EGM pada 10 Oktober telah diluluskan tetapi tidak boleh dilaksanakan, adakah ia tidak sah...kalau tahu resolusi itu tidak boleh digunakan, tidak payahlah kita guna undi tidak percaya kepada Presiden," katanya.

Beliau berkata EGM kedua diadakan untuk menyemarakkan semangat bagi memulihkan integriti MCA selain untuk menyelamatkan parti yang sering dilanda masalah kepimpinan.

Wee yang juga anggota Jawatankuasa Pusat(CC) juga menafikan dakwaan bahawa EGM yang diadakan akan memecahbelahkan perpaduan parti. "Dengan panggil EGM tidak semestinya kita bawa perpecahan, ia andaian yang tidak berasas. Jika kita bincang hala tuju parti, kita kena rasional, jangan buat pelbagai andaian," kata Wee.

Ditanya mengenai keputusan dialog semalam yang mahukan MCA mengikut jejak Umno untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan lebih ramai anggota di peringkat akar umbi memilih kepimpinan tertinggi parti itu, beliau berkata ia bukan perkara yang mudah.

"Kita kena panggil EGM untuk pinda perlembagaan yang mungkin mengambil masa setahun, jika pindaan itu tidak mendapat keputusan dua pertiga daripada perwakilan, kita kena panggil EGM juga.

"Jadi kita kena balik pada perkara asas, banyak lagi perkara yang perlu kita atasi. Apabila ada idea macam tu, kita kena lihat dari segi perinciannya macam mana kita hendak buat, apa caranya, ia bukan perkara yang mudah kerana kita perlu perhalusinya terlebih dahulu," tambah beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan