Demokrasi berlebihan halang kemajuan sesebuah negara - Dr M

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demokrasi yang berlebihan akan hanya menghalang kemajuan sesebuah negara kerana wujud terlalu banyak ‘politiking’ dan ia akan mengurangkan fokus negara itu untuk maju ke hadapan.

"Bila kita amalkan demokrasi semua orang ada suara dan boleh mengundi, apa yang mereka lakukan ialah menjual undi mereka seperti apa yang berlaku di Malaysia dan perkara sebegini tidak bagus.

"Kebanyakan orang tidak faham apa maksud sebenar demokrasi. Bila kita kalah dalam pilihan raya, kita sepatutnya terima kekalahan itu dan menyokong calon yang menang.

"Demokrasi bukan tidak adil tapi masalahnya ialah masyarakat kita tidak faham apakah had demokrasi itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Siri Syarahan Tokoh-tokoh Terkemuka Asia-Eropah 'Asia and the 21st Century' di Hotel Nikko di sini pada Isnin.

Dalam syarahannya Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia perlu meningkatkan tahap produktiviti bagi mengelakkan ia jauh ditinggalkan oleh negara Asia yang mempunyai produktiviti tinggi seperti China, Korea dan Jepun.

"Kita (Malaysia) juga sebahagian daripada Asia. Jadi kita juga perlu menyumbang kepada kemajuan Asia menjelang abad ke-21. Jika tidak berhati-hati, kita mungkin akan hilang secara total," katanya.

Mahathir turut menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengamalkan budaya kerja masyarakat di Eropah dan Amerika yang akan hanya merendahkan tahap produktiviti dengan alasan memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan dan mahu mengurangkan jam bekerja.

"Negara Asia mempunyai populasi penduduk yang ramai dan produktif. Di Eropah, mereka mempunyai populasi penduduk yang lebih kecil dan tahap produktiviti yang lebih rendah. Mereka tidak mahu bekerja. Di Perancis penduduknya hanya mahu bekerja 35 jam dalam seminggu.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak akan terpengaruh dengan sindrom seperti ini kerana kita ada banyak cuti umum. Semua orang akan meraikan setiap perayaan namun kita akan ketinggalan kerana tahap produktiviti kita masih rendah," katanya,

Bekas Perdana Menteri itu secara sinis turut menyindir dasar Jabatan Imigresen yang mengalakkan bekalan sumber manusia yang terdiri daripada pekerja mahir dan professional diberi kebebasan untuk bekerja di luar sementara kumpulan pekerja kurang mahir dibenarkan masuk dan bekerja di Malaysia.

"Polisi negara kita membenarkan mereka yang pandai bekerja di luar negara sedangkan kita membenarkan golongan yang kurang pendidikan untuk bekerja di sini. Ini adalah satu kerugian yang besar kepada negara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan