Status autonomi kepada institusi penyelidikan & 3 pusat perubatan universiti awam di bawah RMK-10

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memberikan status autonomi dengan peruntukan yang lebih besar kepada institusi penyelidikan dan pusat perubatan universiti - sepertimana John Hopkins dan Stanford Medical Centre di Amerika Syarikat - di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan bermula tahun hadapan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pusat-pusat ini mampu menjadi pusat rujukan bertaraf antarabangsa jika mendapat taraf autonomi dan peruntukkan yang besar untuk pembangunan intelektual.

“Oleh itu pihak kementerian berpendapat, sudah tiba masanya beberapa institusi dan pusat penyelidikan yang berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia diberi status autonomi, pengiktirafan dan kebebasan untuk menjayakan agenda penyelidikan dalam bidang perubatan,” katanya dalam interbiu dengan mStar Online.

Kata Mohamed Khaled, ketiga-tiga pusat ini perlu dinaikkan taraf kepada status autonomi dan diberikan kuasa untuk menentukan halatuju pembangunan mereka sendiri supaya dapat menjadi pusat pengajian dan penyelidikan perubatan bertaraf antarabangsa.

“Masanya telah tiba untuk kita menjadikan pusat-pusat perubatan universiti kita ini sebagai entiti bebas tetapi bersekutu dengan universiti masing-masing bagi maksud penganugerahan ijazah.

“John Hopkins Medical Centre dan Stanford Medical Centre di Amerika Syarikat adalah dua contoh klasik di mana institusi yang dimiliki oleh Universiti John Hopkins dan Stanford menjadi pusat perubatan terulung dunia kerana mereka diberikan autonomi serta kebebasan untuk menentukan halatuju pembangunan dan pengurusan mereka,” katanya.

Malah menurut Mohamed Khaled, beberapa institut di Malaysia seperti Institut Asia-Eropah di Universiti Malaya; Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) milik UKM; Institute of Research Molecular Medicine USM dan Institut Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga sedang dipertimbangkan untuk dinaik taraf menjadi institusi yang bebas dengan status autonomi.

Beliau menegaskan, pihak kementerian akan mengesyorkan supaya kesemua institut ini diberikan dana yang lebih besar yang diperlukan untuk melonjak pencapaian mereka dan memenuhi keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Mohamed Khaled juga berkata, kesemua institusi yang beliau sebutkan itu harus diberi kebebasan untuk berkolaborasi dengan rakan strategik yang lain, mengumpul dana luar dan diberikan peluang untuk mempunyai pengurusan yang lebih profesional.

“Ini penting untuk memastikan mereka dapat membina kewibawaan dalam bidang penyelidikan tanpa perlu bersaing sumber dan karenah birokrasi. Saya melihat institusi bersekutu seperti sistem University of London adalah contoh terbaik yang boleh diadaptasikan untuk memastikan agenda penyelidikan negara dapat dijayakan dengan berkesan.

“Dan saya juga percaya, institusi-institusi perubatan dan penyelidikan yang saya sebutkan tadi suatu hari nanti akan berupaya mencapai taraf universiti tetapi kekal dengan nama dan fokus penyelidikannya sepertimana Lee Kuan Yew School of Public Policy di Singapura yang berjaya menjadi sangat berprestij dalam masa yang sangat singkat,” kata Mohamed Khaled.

Katanya lagi, jika sesebuah institut itu menjadi sebahagian daripada universiti induk, ia tidak akan mampu menonjolkan keupayaan kerana diselindungi oleh agenda universiti yang lebih besar. Jadi, decentralisation adalah jalan terbaik untuk memastikan institusi penyelidikan dan perubatan Malaysia menjadi yang terbaik, tegas Mohamed Khaled.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan