Pemuda Umno Kelantan Desak SPRM Segera Siasat Nik Aziz Dan Menantu

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (tiga dari kiri) dan ahli-ahli pemuda Umno di Wisma Persekutuan selepas menyerahkan satu memorandum kepada SPRM Negeri berkenaan sogokan berkaitan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK Ir.Abd Arif Fahmi Ab Rahman.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian (tiga dari kiri) dan ahli-ahli pemuda Umno di Wisma Persekutuan selepas menyerahkan satu memorandum kepada SPRM Negeri berkenaan sogokan berkaitan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK Ir.Abd Arif Fahmi Ab Rahman.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah pada kira-kira pukul 11.30 pagi di pejabat SPRM negeri di Wisma Persektuan, di sini.

Memorandum lapan muka surat itu antara lain meminta SPRM menyiasat dengan segera pengakuan Mursyidul Am Pas itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.

Dua hari lepas Nik Abdul Aziz mengumumkan yang beliau membatalkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu diperbesar-besarkan oleh media.

Anuar yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya turut meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Pemuda Kelantan merasa wujud keraguan yang munasabah dalam pelantikan itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan