Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 1,338 Orang - Berita Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 1,338 Orang

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di Kedah meningkat kepada 1,338 orang berbanding 1,062 orang tengah hari ini, kata jurucakap bilik gerakan banjir negeri.

Daerah Pokok Sena turut dilanda banjir untuk kali kedua apabila 376 mangsa daripada 84 keluarga terpaksa dipindahkan.

"Empat buah kampung terjejas di Pokok Sena iaitu Kampung Bukit, Kampung Baru, Kampung Derang serta Kampung Bukit Hijau dan semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau," katanya.

Sementara itu, Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 502 orang daripada 112 keluarga, diikuti Kota Setar 431 orang (117 keluarga) dan Padang Terap 29 orang (7 keluarga).

"Sehingga kini, 14 buah pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan mangsa yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, bacaan paras air sungai di Kota Setar masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas 4.08 meter (bahaya 3.85 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.35 meter (bahaya 2.00 meter). BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan