Chua Anggap EGM MCA Pada 28 November Tidak Sah

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua yang dipanggil pada 28 November ini adalah tidak sah.

Chua berkata, mesyuarat tersebut dianggap tidak sah kerana usul-usul yang akan dibawa dalam EGM itu bercanggah dengan perlembagaan MCA.

"Kita menerima permintaan dan hak ahli jawatankuasa pusat (CC) untuk mengadakan EGM tetapi dialog hari ini telah menolak usul-usul yang akan dibentangkan dalam EGM tersebut.

"Kita menolak usul ini kerana ia (usul) bercanggah dengan perlembagaan MCA. Maka EGM itu merupakan satu mesyuarat yang mana usul-usul yang dibentangkan adalah tidak sah,” katanya selepas mempengerusikan sesi dialog khas kepimpinan tertinggi parti MCA dengan 620 pemimpin bahagian di Wisma MCA di sini pada Ahad.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, perwakilan yang hadir dalam sesi dialog berkenaan juga telah bersetuju bahawa mereka tidak akan hadir dalam EGM tersebut.

“Jika EGM itu dilaksanakan ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada mana-mana pihak kerana usul yang dibawa bercanggah dengan perlembagaan parti,” katanya.

Ditanya sama ada kempimpinan MCA akan mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang EGM kedua yang bakal diadakan pada 28 November ini, Chua berkata: “Kebanyakan ahli MCA faham tanggungjawab mereka jadi saya rasa kita tidak perlu guna tindakan undang-undang ke atas mereka.”

Sebelum ini, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mencadangkan parti itu mengadakan EGM kedua pada hari Rabu depan bagi mengakhiri krisis dalaman parti itu.

Empat agenda lain yang turut dibincangkan dalam sesi dialog khas hari ini ialah perbincangan tentang bagaimana dana parti patut digunakan bagi membiayai kegiatan di peringkat bahagian.

Kedua, mengenai mekanisma baru yang akan diwujudkan untuk membolehkan lebih ramai ahli di peringkat akar umbi terlibat dalam memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Agenda ketiga dan paling penting ialah ‘Pelan Perpaduan Unggul’ yang diwujudkan bagi memastikan ketiga-tiga kumpulan sedia ada, Datuk Seri Ong Tee Keat, Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiong Lai, boleh bekerjasama.

Isu yang terakhir ialah mengenai persiapan MCA dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan