Anwar Akui Ada Kemelut Antara Parti Pakatan Pembangkang Di Peringkat Bawahan

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.

Beliau berkata jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang

"Dalam pakatan tidak semua mesti setuju. Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.

"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan," katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan di sini hari ini.

Dalam sidang medianya, Anwar turut menjelaskan mengenai pelantikannya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji RM1 sebulan kerana beliau tidak mahu menerima sebarang kelebihan, termasuk kenderaan kerajaan negeri.

"Saya hanya minta pejabat dan pegawai untuk saya bekerja, yang lain saya tidak mahu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan