Usaha Lebih Gigih Diperlukan Bagi Memperkasakan Wanita - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengalaman Malaysia dalam memperjuangkan kesamaan gender menunjukkan bahawa dasar-dasar yang efektif akan memastikan persekitaran yang kondusif bagi memperkasakan wanita, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dasardasar yang dibentuk merentasi aspekaspek sosial, moral dan ekonomi dalam masyarakat atau negara mampu membawa perubahan atau kemajuan yang lebih rasional dan bersistematik," katanya ketika merasmikan Persidangan Menteri-menteri dan Anggota-anggota Parlimen Wanita Asia Pasifik ke-7 di sini hari ini.

Shahrizat berkata anggotaanggota Parlimen wanita di Asia Pasifik berhadapan dengan tugas sukar dan sering terpinggir dalam memperjuangkan kesamaan gender di negara masing-masing.

"Banyak isu-isu mengenai wanita seperti tidak mendapat peluang yang sama, kesihatan ibu dan kesuburan, keganasan terhadap wanita dan banyak lagi, yang memerlukan anggotaanggota Parlimen wanita memainkan peranan lebih penting, mungkin lebih daripada rakan lelaki sejawat mereka," katanya.

Majlis perasmian persidangan dua hari itu turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang juga Pengerusi Forum Asia Anggota-Anggota Parlimen Mengenai Populasi dan Pembangunan Malaysia.

Shahrizat berkata isuisu berkaitan wanita perlu menjadi agenda utama mesyuarat dan tidak hanya dibincangkan di peringkat forumforum yang diketuai oleh wanita serta menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menanganinya.

"Anggota-anggota Parlimen wanita di kebanyakan negara masih kurang dan secara berterusan menyuarakan hak mereka berseorangan menentang suara majoriti apabila membabitkan isu-isu yang melibatkan wanita dan juga kanak-kanak," katanya.

"Wanita yang menjadi anggota Parlimen masih belum mencukupi bilangannya, namun golongan wanita yang mewakili setengah daripada populasi penduduk dunia perlu dibuktikan dengan melakukan pembaharuan dan dasar-dasar yang dapat memastikan kemajuan dan kesejahteraan wanita dan isu-isu yang berkaitan wanita," tambahnya.

Shahrizat berkata golongan lelaki perlu terlibat sepenuhnya di dalam mengubah momentum itu dan juga menyuarakan tentangan mengenai stereotaip dan norma-norma yang menentang kesamaan gender. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan