Perak Lancar Saluran Maklumat Baru

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim (dua dari kiri) menunjukkan logo PerakTV semasa pelancarannya di Ipoh, hari ini. -foto The Star oleh SAIFUL BAHRI
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim (dua dari kiri) menunjukkan logo PerakTV semasa pelancarannya di Ipoh, hari ini. -foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

IPOH: Kerajaan negeri Perak kini mempunyai saluran baru menyampaikan maklumat kepada warganya melalui pelaksanaan Rangkaian Media Digital Perak TV yang melibatkan pemasangan televisyen di tempat-tempat strategik seluruh negeri.

Pelbagai aktiviti kerajaan negeri, jabatan serta agensinya akan disiarkan untuk tontonan orang ramai.

Projek kerjasama K-Perak dan Simfoni Maya Sdn Bhd berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini pada Sabtu.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, Zambry berkata program berkenaan bukan bermotifkan politik tetapi sebagai satu sumber maklumat baru bagi memperkemaskan sistem penyampaian semua agensi kerajaan negeri kepada warga Perak.

Katanya program yang disiarkan bukan sahaja melibatkan aktiviti Menteri Besar tetapi meliputi semua aktiviti kerajaan negeri dan orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai aktiviti serta program jabatan dan agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta majlis-majlis daerah.

"Kami memberikan pilihan terbaru kepada seluruh rakyat untuk mendapatkan segala maklumat mengenai aktiviti ekonomi, sosial dan sebagainya melalui kaca tv yang akan dipasang di tempat-tempat strategik di dalam dan luar bandar.

Keterbatasan media arus perdana memberikan maklumat kepada orang ramai memberikan pilihan kepada rakyat untuk menonton tv ini," katanya.

Beliau berkata buat permulaan, sebanyak 300 televisyen akan dipasang di restoran-restoran dan pejabat-pejabat kerajaan.

Selain itu, katanya saluran itu juga menyediakan ruang pengiklanan kepada produk-produk tempatan dan kos yang dikenakan lebih murah berbanding pemberi perkhidmatan yang lain. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan