Mangsa Banjir Di Kedah Dan Perak Terus Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kedah dan Perak semakin buruk hari ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di kedua-dua negeri itu bertambah.

Sehingga pukul 5 petang ini, seramai 679 orang kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Kedah dan 259 orang di Perak. Kawasan yang terlibat di Kedah ialah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar manakala di Perak banjir yang sebelum ini melanda tiga daerah termasuk Hulu Perak mula merebak ke Kerian.

Di KEDAH, lima pusat pemindahan di daerah Kubang Pasu dibuka dan masingmasing dua di Padang Terap dan Kota Setar.

"Di Kubang Pasu, Seramai 211 orang dari 44 keluarga di pindahkan ke Sekolah Kebangsaan Malau pada pukul 5 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah itu kini 516 orang dari 118 keluarga," kata jurucakap bilik gerakan banjir negeri di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir yang berada di dua pusat pemindahan di Kota Setar kini 109 orang dari 28 keluarga manakala di Padang Terap ialah 54 orang dari 12 keluarga.

Di PERAK, beberapa kampung di Daerah Kerian mula dinaiki air hari ini menyebabkan 187 orang dari 53 keluarga dari lima kampung di Bagan Serai, dipindahkan pada pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata kesemua mereka kini ditempatkan di dewan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan surau Kampung Matang Tengah.

Lima kampung yang terbabit ialah Kampung Parit Simpang Empat, Kampung Parit Simpang Lima, Kampung Changkat Lobak, Kampung Matang Tengah dan Kampung Matang Pasir, katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata Jalan Bagan SeraiSelama di Km 13 hingga Km 17 turut dinaiki air sedalam lebih satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, keadaan banjir di Selama yang terletak di Daerah Larut, Matang dan Selama beransur pulih apabila hanya 72 orang dari Kampung Lembah Keluang dan Gua Petai masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 191 orang pagi ini.

Banjir melanda tiga daerah termasuk Hulu Perak sejak Rabu lepas. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melawat mangsa banjir di Bagan Serai petang ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan