Liow Sedia Beri Penjelasan Situasi MCA Kepada Perdana Menteri

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersedia untuk memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai situasi yang berlaku dalam parti itu.

"Jika Perdana Menteri mahu bertemu kami, kami bersedia untuk menjelaskan perkara di sebelah pihak kami. Saya pernah maklumkan sebelum ini, saya bersedia menjelaskan situasi dalam parti kepada Perdana Menteri yang kita sayangi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen anti-Aedes di seluruh negara di sini pada Sabtu.

Liow berkata Perdana Menteri amat mengambil berat soal MCA dan beliau percaya selepas penjelasan itu, Najib akan lebih memahami keadaan sebenar.

Katanya, beliau amat menghargai pandangan-pandangan Perdana Menteri dalam membantu menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

Semalam, Datuk Tan Kah Choun, yang menjadi jurucakap kepada "kuasa ketiga" MCA memohon pertolongan Najib untuk menyelesaikan krisis kepimpinan MCA dan kembali menyatukan MCA.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata barisan kepimpinan tertinggi BN termasuk Najib sedia membantu jika majoriti anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA bersetuju.

Liow bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau menyokong dialog bersama pemimpin di peringkat akar umbi dari 191 bahagian MCA yang dianjurkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Ahad.

"Masalah parti, kami akan cari jalan yang sesuai untuk menyelesaikannya," katanya.

Walaupun Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan Dr Chua telah menyingkirkan perbezaan pendapat mereka dan memberi sokongan kepada "Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh", sekumpulan 16 anggota CC parti itu tetap mahu mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 28 November ini dengan tujuan mengadakan semula pemilihan jawatan parti. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan