Kerajaan Kaji Dapatkan Vaksin Selesema Bermusim Dengan Perlindungan H1N1

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menimbangkan untuk bertukar kepada vaksin selesema bermusim yang turut mengandungi vaksin Influenza A (H1N1) menjelang Februari atau Mac untuk menawarkan perlindungan penuh bagi semua jenis penyakit serupa influenza.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata vaksin itu masih dibangunkan dan dijangka berada di pasaran menjelang suku pertama tahun depan.

"Menjelang tahun depan, vaksin selesema bermusim akan turut mengandungi vaksin influenza A (H1N1), (dan) jika saya pilih suntikan selesema bermusim, saya akan dapat perlindungan untuk virus influenza H1N1 juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen anti Aedes peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Mengenai vaksin influenza A (H1N1), Liow berkata kementerian akan menerima semua 400,000 dos yang ditempahnya menjelang awal Januari.

"100,000 dos pertama sudah diterima, banyak lagi akan sampai dari semasa ke semasa. Kami akan berikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi dan menjelang awal Januari, kami akan terima bakinya," katanya. Liow berkata 200,000 dos diperuntukkan untuk pekerja kesihatan di barisan hadapan manakala bakinya akan diberikan kepada dua kumpulan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung dan mereka berumur antara 18 dan 60 yang menghidap penyakit kronik.

Beliau menggesa orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga walaupun keadaan H1N1 di dalam negara telah bertambah baik, berikutan jangkaan gelombang kedua influenza A (H1N1) dan menurutnya Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.

Ditanya sama ada orang ramai boleh mendapatkan vaksin H1N1 di manamana klinik atau hospital, Liow berkata klinik swasta boleh mendapatkannya dengan bantuan kementerian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan