Isu Haji Dan PMBK Timbulkan Persoalan Moral Terhadap Nik Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini berhadapan dilema apabila ada pihak mula persoalkan aspek moraliti berhubung tajaan haji dan pelantikan menantunya dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Malah ada pihak mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera dan telus berhubung kedua-dua perkara itu.

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, calon bebas yang menang pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS, berkata walaupun individu terbabit berkemungkinan ikhlas menaja pemergian Nik Abdul Aziz ke Tanah Suci, dipercayai membabitkan kos RM65,000, namun tindakan itu dilihat kurang wajar.

"Kalau benar individu itu ikhlas untuk menaja haji dan mencari barakah, seharusnya beliau menaja golongan yang tidak berkemampuan, seperti orang miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal.

"Saya percaya pahalanya lebih besar lagi jika kita tolong orang golongan ini kerana mereka tergolong dalam kumpulan penerima zakat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ibrahim turut mempersoalkan sebab individu berkenaan sanggup menaja Nik Abdul Aziz kerana di mata masyarakat luar, ia pasti memberikan interpretasi yang serong kerana Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin sebuah negeri dan penajaan itu mungkin mempunyai hasrat tersembunyi.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengumumkan pembatalan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini berikutan ada pihak mempersoalkan penajaan itu yang didakwa mempunyai kepentingan memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Pada masa sama, turut dipertikaikan ialah tindakan Mursyidul Am PAS itu melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK sehingga menimbulkan pertanyaan seolah-olah tiada calon lain yang layak mengisi jawatan itu.

Blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang bersedia membantu siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dan salahguna kuasa dalam PMBK, turut mempersoalkan pelantikan Abdul Ariffahmi yang didapati bercanggah dengan Akta SPRM yang tidak membenarkan pelantikan menantu dalam agensi kerajaan.

Bagi Abdul Ariffahmi pula, beliau hanya akan menjelaskan dakwaan penyelewengan itu kepada SPRM dan membiarkan keputusan siasatan diumumkan oleh suruhanjaya berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mempertahankan pelantikannya itu bahawa ia telah dirujuk kepada Penasihat Perundangan Negeri dan Penasihat Perundangan PAS Kelantan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar.

SPRM kini menyiasat berhubung dakwaan penyelewengan itu dan ia merupakan siasatan kali kedua setelah siasatan pada Ogos tahun lepas, terhadap dakwaan yang sama, mendapati tiada unsur rasuah dan kes itu ditutup.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad menggesa SPRM segera menyiasat dengan telus berhubung dakwaan kepincangan yang berlaku dalam PMBK.

Beliau berkata SPRM perlu menyiasat sesiapa yang disyaki tanpa mengira kedudukan individu yang mempunyai status luar dari masyarakat biasa kerana mereka tetap tertakluk di bawah undang-undang negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan