Isu Dr Asri: JAIS Kata Bukan Geledah Tapi Untuk Ambil Pelan Lokasi

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menafikan pihaknya menggeledah banglo mewah di mana bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditangkap kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah pada 1 November lalu.

Menurut Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani, enam orang penguatkuasa JAIS telah pergi ke banglo tersebut untuk melakarkan pelan lokasi tempat bekas mufti itu memberi ceramah.

"Pihak kami (JAIS) tak geledah pun tapi pegawai penguatkuasa kami hanya pergi untuk melakarkan pelan lokasi tempat Dr Asri memberi ceramah.

"Ini hanya prosedur biasa untuk melengkapkan kertas siasatan bagi pihak kami sebelum kes ini di bawa ke mahkamah minggu depan," katanya.

Beliau memberi reaksi demikian sebagai mengulas laporan mStar Online bahawa banglo mewah tempat bekas mufti itu memberi ceramah telah digeledah oleh dua orang pegawai JAIS.

Menurut sumber, lima orang pegawai JAIS yang mendapat waran geledah yang ditandatangani oleh pegawai Pengurusan Waran Tangkap Unit Tindakan Khas JAIS, Amir Zubir telah datang ke premis tersebut pada pukul 4.30 petang semalam.

"Pihak tuan rumah hanya membenarkan dua orang daripada mereka, Luqman Ramli dan Azhar Nordin untuk masuk ke dalam banglo tersebut.

"Manakala tiga yang lain berada bersama dengan anak tuan rumah di hadapan pintu pagar," jelas sumber itu lagi.

Difahamkan waran itu telah dipohon oleh Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop bagi menggeledah dan mengambil barang dokumen untuk membantu siasatan atas dakwaan mengajar tanpa tauliah di bawah Seksyen 119.

"Mereka perlukan waran bagi membolehkan mereka memasuki kediaman tersebut untuk membuat beberapa lakaran pelan lantai (floor plan) dan beredar dari banglo tersebut satu jam kemudian," katanya.

Menurut sumber itu lagi, tuan rumah telah mendapat notis untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi pada 18 November ini pada pukul 10 pagi di bahagian Pengurusan Unit Penguatkuasaan JAIS, Tingkat 4, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

"Notis tersebut telah ditandatangani oleh Penolong Pengarah Penyelarasan dan Koordinasi, Ustaz Nasrul Hadi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mohd Hidayat berkata, pegawai JAIS yang pergi ke premis berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak tuan rumah.

"Kita tak ambil apa-apa dokumen yang lain, hanya pelan lokasi yang kita ambil di sana (banglo)," katanya.

Ditanya sama ada pemilik banglo mewah itu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes Dr Asri, Mohd Hidayat berkata: "Yang itu, saya tak boleh ulas, kes ini dah jadi kes mahkamah. Saya tak mahu ia menganggu perbicaraan kes ini pada minggu hadapan."

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Dr Asri tokoh agama yang terkenal dengan pemikiran tajdidnya telah mengesahkan beliau telah menerima notis untuk hadir ke mahkamah pada 18 November ini pada pukul 9 pagi di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Pagi semalam, Mohd Hidayat berkata Dr Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah setelah tarikh tersebut ditetapkan oleh pihak mahkamah selepas kertas pertuduhan mengenai kes Dr Asri difailkan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid pagi kelmarin.

Mohd Hidayat berkata, Dr Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur terlebih dahulu sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

"Kes ini merupakan kes berprofil tinggi, jadi kita harap ia akan dapat diselesaikan segera," katanya.

Pada 1 November lalu, Dr Asri ditahan ketika sedang memberikan ceramah kepada kira-kira 300 orang di sebuah rumah dekat Ukay Heights, Ulu Klang.

Beliau ditahan sekumpulan penguatkuasa JAIS pada pukul 9.45 malam bersama sepasukan polis siap bersenjatakan pistol dan mesin gun automatik.

Bekas mufti itu dibawa ke Balai Polis Hulu Klang, kira-kira dua jam selepas itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan keesokannya beliau diminta hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur sebelum dibebaskan dengan bon jaminan bagi membolehkan beliau dipanggil semula.

Menurut Hidayat, Dr Asri akan didakwa mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar Agama Islam atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada JAIS.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan