Banjir Di Kedah Kembali Buruk

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 352 orang daripada 82 keluarga di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan banjir apabila kawasan kediaman mereka kembali dinaiki air ekoran hujan lebat melanda dua daerah itu petang semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi Bernama hari ini berkata 54 orang (12 keluarga) di daerah Padang Terap dan 298 orang (70 keluarga) di daerah Kubang Pasu diarah berpindah kira-kira 7 petang apabila air sungai di kawasan itu melebihi paras amaran.

Setakat pukul 11 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kedah ialah 461 orang melibatkan 110 keluarga, termasuk 109 orang daripada 28 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan banjir di Kota Setar.

"Bagi daerah Padang Terap, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang ialah 16.94 meter (paras amaran 16.15 meter) dan Sungai Kampung Kubu 12.7 meter (paras amaran 12.2 meter) manakala di daerah Kubang Pasu pula, bacaan air Sungai Kongluang 13.65 meter (paras amaran 13.20 meter) dan Sungai Temin 14.9 meter (paras amaran 14.68 meter)," katanya.

Jurucakap itu berkata dua pusat pemindahan di Padang Terap dibuka iaitu di Dewan Kampung Kubu dan Dewan Orang Ramai Kuala Pai manakala bagi daerah Kubang Pasu, empat pusat pemindahan dibuka semula iaitu di Dewan Kampung Lahar, Dewan Kampung Kubang Betung, Dewan Orang Ramai Mak Pap dan Kuartes Loji Pelubang.

Di daerah Kota Setar, mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

"Dua sungai di daerah itu masih lagi berada di atas paras amaran iaitu Sungai Kepala Batas 3.70 meter (paras amaran 3.50 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.17 meter (paras amaran 1.7 meter)," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan