Tiga KPI KDN Siap Dua Bulan Awal - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri berjaya menyelesaikan tiga daripada empat Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI) dua bulan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan iaitu akhir tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KPI yang telah dicapai adalah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar.

Beliau berkata permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan.

"Ini bermakna bahawa daripada empat KPI, tiga telah diselesaikan hari ini dan satu lagi berhubung dengan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinet di sini hari ini. Beliau berkata kementerian juga akan memberi tumpuan kepada pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) mengenai pengurangan jenayah khususnya jenayah jalanan di negara ini.

Hishammuddin berkata isu jenayah bukan sahaja tanggung jawab polis sematamata tetapi juga melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Mengenai sasaran kementerian selepas ini, katanya beliau tidak akan berpuas hati dengan hanya menunaikan KPI yang telah diumumkan, sebaliknya akan mempergiatkan usaha untuk melihat kedudukan warganegara asing dalam negara ini.

"Dalam mesyuarat pasca kabinet, saya telah menurunkan arahan (bahawa) agenda selepas ini untuk melihat kedudukan warga asing dalam negara.

"Semua yang terlibat dalam mengeluarkan visa pelancong, visa pelajaran, mereka yang terlibat dengan pekerja asing...ini agenda diputuskan bersama pegawai sebagai agenda utama yang akan dilihat seperti NKRA dan KPI yang diumum sebelum ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan