Seramai 191 Orang Mangsa Banjir Dipindahkan Di Perak - Berita Semasa | mStar

Seramai 191 Orang Mangsa Banjir Dipindahkan Di Perak

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kira-kira 191 orang dari beberapa kampung di Daerah Selama dipindahkan apabila beberapa kawasan rendah di daerah itu dinaiki air lebih satu meter semalam.

Jurucakap Polis Bilik Gerakan Balai Polis Selama berkata seramai 99 orang dari 20 keluarga dari Kampung Tebing Tinggi, Kubu Gajah, Lembah Keluang dan Kampung Chin Ahlau dipindahkan di buah dewan dan surau.

92 orang dari Kampung Masjid, Kampung Kubu Gajah, Kampung Batu Bertam dan Kampung Garuk dibenar pulang ke rumah masing-masing pada pukul 10 pagi ini, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa banjir mula dipindahkan sejak pukul 12 tengah malam tadi hingga 2 pagi ini berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan kampung mereka dinaiki air.

Jalan raya dari Selama ke Bagan Serai juga ditutup kepada semua lalu lintas kerana ditenggelami air lebih satu meter, katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan