PM Mahu Pantau Sendiri Pelaksanaan Bajet 2010

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memantau sendiri pelaksanaan belanjawan pertama di bawah pentadbirannya iaitu Bajet 2010 yang dibentangkannya di Parlimen 23 Oktober lepas.

Beliau berkata kemajuan projek-projek yang tersenarai dalam belanjawan itu akan dipantau rapi oleh Unit Pengurusan Projek (PMU), Kementerian Kewangan dengan bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang gendala yang akan melambatkan penyempurnaan projek-projek ini.

"Saya juga telah menegaskan kepada penanggungjawab inisiatif-inisiatif ini betapa pentingnya untuk memastikan wujud komunikasi yang betul antara pihak berkuasa Persekutuan dengan pihak berkuasa negeri untuk menyelesaikan isuisu yang berkaitan dengan tanah atau isuisu lain yang berkaitan dengan kerajaan negeri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini.

Najib berkata bagi memastikan keutuhan pelaksanaan bajet itu, semua dapatan yang dibentangkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan akan dilaporkan melalui Majlis Ekonomi.

"Kesemua usaha ini ditentukan begini supaya negara akan terus kekal supaya tidak lari daripada tujuan mencapai sasaran KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) 2010.

"Ia juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk memenuhi tuntutan menurut konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Najib berkata beliau telah memanggil satu mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan belanjawan itu semasa menghadiri Persidangan Asean di Hua Hin, Thailand iaitu beberapa jam selepas membentangkannya di Parlimen.

"Keputusan begini tidak pernah dilakukan sebelum ini, lazimnya pelaksanaan belanjawan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan dan memantaunya.

"Bagaimanapun, saya percaya sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, sangat penting bagi saya sendiri mengawasi pelaksanaan belanjawan pertama di bawah pentadbiran saya," katanya.

Najib berkata tujuan utama mesyuarat itu diadakan adalah untuk mengkaji strategi pelaksanaan Bajet 2010 dan untuk menyelesaikan masalah di bahagian-bahagian tertentu pada peringkat awal lagi.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah semua menteri kabinet dan wakil-wakil daripada agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Gabenor Bank Negara, wakil-wakil daripada pembangunan koridor dan wilayah, Telekom, Petronas serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama yang lain.

"Satu tugas yang sukar dan banyak memerlukan tenaga untuk mengkaji sendiri setiap inisiatif, projek demi projek, baris demi baris, tetapi saya mahu memastikan bahawa semua pihak yang bertanggungjawab jelas tentang objektif dan matlamat setiap inisiatif, dan dengan yang demikian dapat memastikan pelaksanaan yang betul," katanya.

Najib juga berkata beliau berharap daripada mesyuarat itu, tiada kesangsian lagi terhadap keseriusan hasratnya untuk melihat matlamat Bajet 2010 tercapai dan sistem penyampaian kerajaan bertambah baik untuk faedah jangka panjang rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan