Pembangkang Didapati Sokong Gagasan 1Malaysia, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya telah mendapat sokongan rakyat daripada semua golongan termasuklah pemimpin parti-parti pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat dan pemimpin partiparti pembangkang sedar dan tahu bahawa gagasan itu bukanlah retorik politik malah ia telah dilaksanakan sebagai satu dasar yang baru oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak pernah dengar pembangkang menolak gagasan 1Malaysia kerana mereka tahu ia bukanlah retorik dan sekarang ia telah menjadi satu tagline yang begitu berpengaruh," katanya ketika melancarkan Kempen Gerak Mesra 1Malaysia "BN Menang, Kedah Senang," anjuran BN negeri di sini semalam.

Katanya rakyat menerima gagasan 1Malaysia sebagai satu pendekatan baru dalam kerajaan untuk meliberisasikan ekonomi dan pembangunan sosial.

Beliau berkata rakyat mula sedar bahawa pakatan pembangkang yang memerintah beberapa buah negeri termasuk di Kedah kini tidak mampu untuk membangunkan negeri.

Muhyiddin berkata beliau sendiri bimbang dengan ketidakmampuan kerajaan Kedah sekarang untuk meneruskan projek-projek yang dirancang oleh kerajaan pimpinan BN sebelum ini dan rakyat terpaksa menerima kesannya.

Katanya semasa di bawah pemerintahan BN dahulu, kerajaan negeri terpaksa memohon bantuan daripada kerajaan pusat kerana Kedah tidak mempunyai hasil pendapatan yang cukup untuk projek pembangunan.

"Saya bimbang Kedah jadi macam Kelantan, negeri paling mundur di Malaysia, Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat) hanya pandai berdoa tetapi tidak tahu mentadbir dan disebabkan itu apabila rakyat berjumpa dengan saya di Manek Urai, mereka memohon bantuan termasuklah untuk membaiki masjid dan membina jambatan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata atas dasar rakyat diutamakan, kerajaan pusat tetap membantu rakyat Kelantan dan membina jambatan di Manek Urai walaupun tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu baru-baru ini.

Beliau berkata PAS hanya menggunakan slogan Membangun Bersama Islam tetapi mereka tidak memajukan negeri yang diperintah sehinga menyebabkan rakyat hidup dalam serba kekurangan.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota dan pemimpin parti komponen BN supaya menebus maruah kekalahan di negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang dan mengambil semula tampuk pemerintahan.

"BN kena turun padang, tanya khabar penduduk dan selesaikan masalah yang mereka hadapi," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan